Tuesday, August 07, 2012

Khasiat Mandian


Mandian Susu 

Mandian Susu kaya dengan nutrisi seperti vitamin A, vitamin D dan asam laktat.
 Ini membuatkan kulit kelihatan lebih muda dan lebih lembut.
Adalah sebaiknya  dilakukan lulur skrub tubuh anda terlebih dahulu untuk membuang se-sel mati sekaligus membuat kulit anda terasa lembut dan gebu.

Mandian Bunga

Mandian bunga mampu menaikkan semangat.
Haruman terbit dari bunga berfungsi menenangkan fikiran manakala warna-warni bunga dapat menceriakan aura penglihatan dan memberi ketenangan.


Mandian Garam

Kandungan garam tersebut akan menurunkan kadar air yang keras kerana terlalu banyak mineral atau klorin. Siram air mandian garam keseluruh badan biarkan beberapa minit sebelum dibilas dengan air bersih. Kandungan garam akan menggugurkan segala sel-sel kulit mati dan menggantikannya dengan yang baru, menyebabkan kulit anda akan kelihatan halus dan cantik. Lakukan seminggu sekali sahaja.

Mandian Rempah

Khasiatnya adalah memberi nutrisi pada kulit, memperbaiki peredaran O2 dan peredaran darah , menjaga kelembapan kulit, mencegah penuaan awal pada kulit .

Berbagai macam khasiat yang didapat dari mandi rempah, yang menjadi tujuan utamanya adalah merileks kan diri, dan perawatan kecantikan yang dapat diperoleh tentunya dengan perawatan yang rutin.