Saturday, July 14, 2012

KEPENTINGAN BERTANGAS BAGI WANITA


Bertangas
Masyarakat Melayu amal mandi wap guna rempah ratus sejak 200 tahun lalu

Sejak 200 tahun lalu, masyarakat Melayu mengamalkan bertangas sebagai rawatan kesihatan dan kecantikan. Amalan ini tidak pernah disisihkan walaupun pelbagai cara rawatan kecantikan moden memonopoli pasaran tempatan.

Rawatan seperti sauna dan mandi wap yang disediakan di kebanyakkan spa dan salun kecantikan moden hari ini seakan sama fungsinya dengan bertangas, tetapi bertangas tradisional mempunyai keistimewaan tersendiri kerana menggunakan ramuan herba dan rempah ratus yang berkualiti.

Sejak sekian lama masyarakat Melayu mengamalkan bertangas untuk mengeluarkan peluh bagi membuang toksin yang menyebabkan bisa badan.

Amalan tangas baik kepada individu tidak kira jantina dan usia. Tangas kering juga menjadi pilihan remaja terutama golongan yang mempunyai masalah keputihan, kegatalan vagina yang menyebabkan pengeluaran cecair yang berbau daripada saluran faraj.

Disebabkan pemakanan yang tidak seimbang, termasuk kurangnya penjagaan diri menyebabkan remaja perempuan mengalami masalah pada bahagian sulit. Jika tidak dirawat vagina akan mengalami alahan seperti gatal, kemerah-merahan selain mengeluarkan bau tidak menyenangkan..


Tempoh maksimum tangas adalah 30 minit dan tidak boleh lebih daripada tempoh itu bagi mengelak dehidrasi tubuh. Bagaimanapun, bagi mereka yang tidak biasa bertangas atau baru menggunakan amalan ini, tempoh 15 minit sudah mencukupi.

Amalan bertangas dilakukan tanpa pakaian bagi memastikan wap tangas mengenai seluruh badan terutama kawasan tertutup. Setiap bahan tangas diperbuat daripada herba dan rempah ratus menggunakan petua turun temurun masyarakat Melayu lama.

Tangas wangi pula adalah tangas yang diamalkan masyarakat bangsawan zaman dulu seperi sultan dan pembesar. Amalan tangas wangi tidak menjadi pilihan rakyat biasa kerana ia tidak relevan dengan cara hidup mereka.

Ianya adalah tidak bersesuain kepada rakyat biasa kerana mereka perlu ke bendang dan kebun untuk mecari rezeki dan bergelumang dengan peluh. Sehubungan itu, amalan tangas wangi yang bertujuan memberi keharuman pada tubuh individu tidak sesuai dipraktikkan kepada golongan terbabit.

Namun, bagi anak dara yang bakal mendirikan rumah tangga, tangas wangi dilakukan tiga hari sebelum menjelang hari bahagia.

Kebiasaannya tangas duduk dilakukan kepada wanita yang putus haid untuk mengetatkan saluran vagina yang longgar selain mengubati masalah kedatangan haid yang panjang serta menaikkan rahim jatuh.

Bagi tangas kering pula, bahan tangas akan dimasukkan ke dalam periukdan dipanaskan dan ditutup dengan kerusi kayu yang dilubangkan di tengahnya. Individu perlu duduk di atas kerusi itu antara 15 hingga 30 minit.

Setiap jenis tangas mempunyai kelebihan yang berbeza-beza dan amalan bertangas ini perlu diteruskan terutama wanita moden hari ini. Kesibukan kerja selain menguruskan rumah tangga menyebabkan wanita mengabaikan penjagaan kesihatan dalaman.

Tangas adalah amalan penjagaan kesihatan keseluruhan tubuh badan dan bukan hanya tertumpu kepada penjagaan bahangian sulit semata-mata. Malah, amalan ini dapat membantu wanita mengatasi masalah keletihan, berat badan berlebihan dan mengecutkan urat badan yang menyebabkan lendir angin dalam tubuh.

FAKTA
 Kelebihan bertangas
 #Rawatan bagi wanita selepas bersalin
#Melancarkan proses haid wanita
#Mengurangkan keputihan dan alahan vagina
#Merawat bau dan lendir busuk yang keluar daripada saluran vagina
#Mengeluarkan toksin dalam tubuh
#Melancarkan pengaliran darah
#Mengatasi masalah kelesuan
#Membantu mengurangkan masalah berat badan
#Ramuan tangas kunyit, limau nipis, halia dan jintan hitam

Tangas Basah

#Digunkan untuk memecah lemak dan selulit
#Menghaluskan kulit
#Membuang toksin dalm badan
#Daun pandan dan air mawar

Tangas Duduk

#Mengetatkan saluran vagina bagi perempuan yang sudah putus haid
#Menaikkan rahim jatuh
#Melancarkan proses perkumuhan
#Mengurangkan rasa pedih selepas membuang air kecil
#Ramuan tangas rempah ratus, daun sirih dan halba

Tangas Rempah

#Mengurangkan masalah bau badan
#Membuang angin dalam tubuh
#Memanaskan badan
#Memberi tenga dan mengurangkan tekanan




No comments:

Post a Comment